Buletin
Osman Ali enggan masuk campur dalam isu FFM 28


Tarikh disiarkan: 10 Ogos 2016


Osman Ali berharap agar perubahan dibuat untuk FFM akan datang.

10 Ogos – Pengarah filem tersohor tanah air, Osman Ali memberitahu bahawa dia enggan untuk mencampuri dalam isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu mengenai pengasingan kategori pada Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM 28).

Namun pengarah yang diberi gelaran pengarah 'air mata' ini bertekad untuk terus menghasilkan filem Melayu.

"Saya faham, kedua-dua pihak ada prinsip masing-masing. Tetapi apa yang penting adalah menaikkan martabat filem Melayu," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah pengarah filem "Langit Cinta" ini lagi, industri perfileman tempatan dilihat semakin drastik ke arah filem yang menonjolkan kehidupan masyarakat majmuk.

Dalam pada itu, Osman berkata dia merupakan seorang peminat setia FFM sejak dari kecil lagi, namun perasaan itu seakan-akan hilang selepas masuk dalam industri berikutan kontroversinya setiap tahun dan ada saja isu yang ditimbulkan.

Berikutan itu, Osman berharap satu perubahan akan dilakukan pada FFM masa hadapan.

Malah dia juga mencadangkan supaya mengadakan dua festival berbeza yang mana satu untuk filem Melayu sahaja dan satu lagi bersifat global dengan menggabungkan Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Malaysia.

"Dalam festival tersebut, kita juga boleh menjemput filem-filem luar negara di Asia Tenggara untuk satu kategori khas."

FFM 28 bakal berlangsung pada 3 September depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

(Sumber foto: mStar)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Langit Cinta (Melayu) (7 Januari 2016)
Ombak Rindu (Melayu) (1 Disember 2011)
Jwanita (Melayu) (24 September 2015)





Ticket Pricing Guide