Buletin
Kelantan berkemungkinan akan membuka pawagam


Tarikh disiarkan: 1 Jun 2016


KB Mall rancang untuk membuka pawagam tidak lama lagi.

1 Jun – Di Malaysia, negeri Perlis dan Kelantan berkongsi satu perkara sama apabila berkaitan dengan hiburan filem – iaitu kedua-dua tidak mempunyai pawagam.

Bagaimanapun situasi berkenaan dilihat bakal berubah untuk Kelantan, terutamanya di ibu negeri Kota Bahru yang mana pusat membeli-belah tertua di bandar, KB Mall dalam perancangan untuk membuka pawagam tidak lama lagi.

"Ya, pawagam akan dibuka di pusat beli-belah ini dan ia akan dipanggil Paragon Cinemas," kata Eksekutif KB Mall, En Ashrul apabila dihubungi Cinema Online.

Tambah En Ashrul lagi, pawagam yang akan mempunyai 8 dewan tayangan ini masih dalam pembinaan ketika ini dan dijangka akan dibuka pada Julai 2016, namun tarikh sebenar masih belum ditentukan.


Lakaran pelukis Paragon Cinemas (Sumber foto: KB Mall's Facebook).

Sebelum ini terdapat laporan dari Kerajaan Negeri Kelantan, Pengerusi Perumahan dan Jawatankuasa Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood menafikan pawagam akan dibuka berikutan tidak mendapat kebenaran untuk beroperasi.

Wakil KB Mall bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung isu tersebut.

Pempamer yang merancang untuk membuka pawagan di Kelantan perlu mengikut Undang-Undang Syariah yang mana lelaki dan wanita akan diasingkan, hanya sesetengah filem sahaja yang akan dibenarkan untuk ditayangkan serta lampu dipasang semasa tayangan berlangsung.

Jika rancangan KB Mall untuk membuka Paragon Cinemas menjadi realiti, ia akan menjadi kali pertama pawagam dibuka di negeri itu setelah dua dekad lalu.

Sebelum ini beberapa pawagam lain pernah dibuka di Kelantan termasuk Rex, Odeon dan Lido.

(Sumber foto: GoWhere Malaysia)

Penulis: Florey DM

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.




Ticket Pricing Guide