Buletin
Pekin Ibrahim enggan arah drama dan telefilem


Tarikh disiarkan: 25 Februari 2016


Pekin Ibrahim baru sahaja selesai penggambaran filem seram terbarunya.

25 Feb – Pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim memberitahu dia tidak terfikir lagi mahu mengembangkan kerjaya sebagai pengarah dengan mengarah drama bersiri atau telefilem, kerana terlalu banyak perkara yang perlu dipatuhi selain mengehadkan kreativitinya.

"Alhamdulillah, tawaran mengarah telefilem dan drama bersiri ada, tetapi saya tidak berani nak ambil kerana banyak 'undang-undang' yang perlu dipatuhi."

"Tidak seperti filem atau dokumentari, sebagai pengkarya kita lebih bebas menentukan pengisian dan tema cerita yang ingin dibuat, tetapi ia tidak di guna pakai untuk drama," katanya kepada mStar.

Tambah pengarah dan pelakon "Mat Moto" ini lagi, bagi mengelak masalah lebih baik dia memahami peraturan yang perlu dipatuhi sebelum menerima tawaran mengarah drama.

Dalam pada itu, selepas kejayaan filem pertama arahannya "Mat Moto" yang berjaya mengutip RM4 juta, pelakon berusia 32 tahun itu sudah mempunyai perancangan untuk tampil dengan filem terbaru. Bagaimanapun ,untuk filem terbarunya kelak dia tidak akan mengarah, sebaliknya sebagai penulis skrip dan penerbit sahaja, manakala Bade Azmi diberi tanggungjawab untuk duduk di bangku pengarah.

Sementara itu, Pekin bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Volkswagen Kuning" yang mana baru sahaja selesai penggambaran.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide