Pekin Ibrahim gembira tiket "Mat Moto" sudah terjual | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Pekin Ibrahim gembira tiket "Mat Moto" sudah terjual

Penulis: Ashraf Nasser


Pekin Ibrahim akui gementar tunggu respon penonton.

13 Jan – Pengarah dan pelakon Pekin Ibrahim meluahkan rasa bersyukurnya apabila jualan tiket filem pertama arahannya, "Mat Moto" sudah pun terjual sebanyak 1,500 tiket walaupun filem tersebut akan ditayangkan pada 14 Januari 2016.

"Alhamdulillah, sambutan awal memang baik kerana sudah 1,500 tiket terjual untuk tayangan hari pertama, bukan sahaja di Kuala Lumpur, malah di seluruh negara," katanya kepada mStar.

Tambah Pekin lagi, pihaknya juga mendapat permintaan untuk menambah bilangan panggung dari 84 ke 90 panggung di seluruh negara.

Dalam pada itu, Pekin memberitahu pihaknya tidak sempat untuk mengadakan sebarang tayangan media seperti kebiasaan filem-filem lain untuk tujuan promosi, kerana kesuntukan masa selain hal-hal yang tidak dapat dielak.

Pelakon "Juvana 2" itu bagaimanapun yakin dan percaya jika sesuatu karya bagus, ia tetap akan mendapat sambutan walaupun tiada promosi dijalankan.

Walaubagaimanapun, Pekin berkata dia akan menggunakan platform media sosial sebagai strategi untuk mempromosikan filem.

"Mat Moto" arahan bersama Syafiq Yusof ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Shaheizy Sam, Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Cat Farish dan Zul Huzaimy.

(Sumber foto: Pekin Ibrahim Instagram)

Cinema Online, 13 Jan 2016

Filem Berkaitan:
Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit (Malay) (14 Jan 2016)
Bunohan (Malay) (08 Mar 2012)
Juvana 2 (Malay) (29 Oct 2015)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan