Pelakon veteran Mr. Os meninggal dunia | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Pelakon veteran Mr. Os meninggal dunia

Penulis: Ashraf Nasser


Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Mr. Os.

8 Apr – Pelakon komedi veteran, Mohd Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Mr. Os, baru sahaja meninggal dunia kira-kira pukul 2.15 petang tadi pada usia 55 tahun.

Dipetik dari Utusan Online, berita sedih itu telah disahkan oleh anaknya, Husna Yusof kepada rakan baik Allahyarham, pelakon dan pelawak, Abon.

"Anaknya bernama Husna menelefon dan memaklumkan kepada saya akan berita kematian Mr. Os pada pukul 2.15 petang tadi," katanya.

Sepanjang perjalanan karier seninya, Mr. Os pernah muncul dalam pelbagai drama, telefilem dan filem "Adik" dan "Balik Kampung".

(Sumber foto: Rotikaya)

Cinema Online, 08 Apr 2016

Waktu Tayangan