Buletin
Rizal Halim pengarah Melayu Malaysia pertama arah filem Australia


Tarikh disiarkan: 16 Februari 2016


Pengarah Malaysia pertama arah filem di Australia.

16 Feb – Pengarah filem tempatan, Rizal Halim merupakan pengarah filem Melayu Malaysia pertama mengarah filem Australia berjudul, "Lurking Woods" yang merupakan sebuah filem 'suspense thriller'.

"Filem ini sangat mendebarkan dan semasa pratonton di Perth, Australia, kami mendapat respons menggalakkan daripada penonton hingga ada yang menangis ketika menonton filem ini," katanya kepada Bernama.

Menurut Rizal, dia yakin filem sulung arahannya mampu mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

Tambah Rizal lagi, dia juga teruja dan tidak sabar untuk filemnya ditayangkan di Malaysia.

Dalam pada itu, Rizal berkata anak tempatan lain yang terlibat dalam filem "Lurking Woods" adalah penerbit Rod Manikam yang merupakan pemilik Rodman Pictures Pte Ltd yang berpengkalan di Perth, Australia dan Desmond Hew sebagai penulis skrip.

Selebihnya, kru dan pelakon utama filem pula adalah rakyat Australia.

Pada masa sama, Rizal juga memberitahu pihaknya mempunyai perancangan untuk menghantar filem mereka ke pelbagai festival filem antarabangsa seperti Festival Filem Toronto, Hong Kong, Australia, Los Angeles dan Kanada.

(Sumber Foto: Youth.Bernama.com )

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide