Buletin
"Rudy Habibie" sebuah filem inspirasi


Tarikh disiarkan: 2 Ogos 2016


Barisan pelakon, pengarah dan pengedar filem "Rudy Habibie".

2 Ogos – Pengarah filem "Rudy Habibie" (Habibie & Ainun 2), Hanung Bramantyo berkata walaupun filemnya memaparkan tentang mantan Presiden Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie a.k.a Rudy Habibie namun subjek yang ditampilkan sangat universal.

"Walaupun filem ini mengisahkan tentang mantan perdana menteri, tetapi ia bukanlah sebuah filem biografi kerana hanya inspirasi dari kehidupan beliau dan saya juga telah menyuntik elemen cinta, persahabatan.

"Ia juga mengisahkan tentang seorang lelaki dari 'zero kepada hero' dalam mengejar cita-citanya sekaligus mampu memberi inspirasi kepada orang ramai," katanya pada sidang media pada majlis tayangan perdana "Rudy Habibie" di TGV One Utama, baru-baru ini.

Hanung berkata tujuan utamanya dalam menghasilkan filem ini adalah untuk memberi inspirasi kepada penonton, dan pada masa sama berharap agar filemnya mendapat sambutan di Malaysia.


Tiga pelakon utama "Rudy Habibie", Chelsea Islan, Reza Rahadian & Indah Permatasari.

Filem yang mengisahkan tentang mantan Presiden ketiga ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Reza Rahadian, Chelsea Islan, Indah Permatasari, Ernest Prakasa dan ramai lagi.

Dalam pada itu, pelakon utama Reza Rahadian mengakui berasa bangga apabila sekali lagi diberi tanggungjawab untuk menggalas watak utama sebagai Rudy Habibie yang mana telah memberi impak besar kepada dirinya.

Menurut Reza, membawa watak sebagai Rudy banyak mengajarnya termasuk mengenali dengan lebih dekat akan peribadi mantan presiden itu sekaligus memberi inspirasi kepadanya.

Dalam pada itu, ditanya samada kejayaan filem pertama dan terbaru ini adalah kerana lakonannya, Reza tidak bersetuju kerana baginya kejayaan sesebuah filem bukan bergantung kepada seseorang pelakon sahaja tetapi kepada keseluruhan tenaga kerja yang menghasilkan filem itu.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide