Buletin
Sultanah Kalsom hadir beri sokongan kepada filem "Temuan Takdir"


Tarikh disiarkan: 9 Ogos 2016


DYMM Sultanah Hajah Kalsom bersama Penaung Friends To Mankind,
YM Dato' Paduka Noor Aini dan Pengasas/Pengarah/Penerbit Dhyan Vimal
serta barisan pelakon "Temuan Takdir".

9 Ogos – Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom telah berkenan untuk hadir ke majlis Gala Perdana filem "Temuan Takdir" yang berlangsung pada malam Isnin di GSC Signature, The Gardens, Kuala Lumpur.

Dalam titahnya, Sultanah Kalsom mengucapkan tahniah kepada pembikin filem dan barisan pelakon yang menjayakan "Temuan Takdir" yang dilakukan menerusi "Project Dignity" oleh pertubuhan bukan kerajaan, Friends to Mankind.

"Beta difahamkan "Temuan Takdir" dihasilkan di bawah inisiatif Friends to Mankid menerusi "Project Dignity". Projek ini adalah aspirasi dari Dhyan Vimal dalam pemindahan skil untuk menjadikan dunia lebih baik."

"Sesungguhnya, ia adalah satu projek yang wajar dan bermanfaat yang mana beta sangat berbangga untuk menyokong dan menggalakkan," titahnya.

Dalam pada itu, penaung Friends To Mankind, Yang Mulia Dato' Paduka Noor Aini binti Datuk Abdullah pula berkata beliau kagum dengan dedikasi yang diberikan oleh barisan pelakon dan kru produksi sepanjang proses pembikinan filem tersebut.


DYMM Sultanah Hajah Kalsom, YM Dato' Paduka Noor Aini dan Dhyan Vimal.

Sementara itu, penerbit dan pengarah filem Dhyan Vimal pula mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sultanah Kalsom kerana berkenaan untuk menghadiri malam Gala Perdana filem sulung arahannya.

Menurut Dhyan, kehadiran Sultanah Kalsom adalah sebagai satu pengiktirafan terhadap usaha yang dilakukan oleh Friends To Mankind.

Selain Sultanah Kalsom, keluarga diraja dari negeri lain dan selebriti-selebriti lain turut hadir bagi memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap usaha yang dilakukan menerusi "Project Dignity".

Filem yang menelan belanja sekitar RM1.2 juta ini dibintangi oleh Ery Zukhairi, Azura Zainal, Amai Kamurdin, Dato' Zahim Albakri, Vanidah Imran dan ramai lagi akan menemui penonton pada 11 Ogos ini.

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Temuan Takdir (Melayu) (11 Ogos 2016)





Ticket Pricing Guide