Buletin
Syafiq Yusof: "Abang Long Fadil 2" padat dengan aksi


Tarikh disiarkan: 7 Januari 2016


Syafiq Yusof hanya kekalkan dua pelakon asal iaitu Zizan dan Syamsul untuk filem keduanya.

7 Jan – Pengarah filem berbakat besar Syafiq Yusof memberitahu filem terbaru arahannya "Abang Long Fadil 2" menjanjikan padat dengan aksi selain turut mempunyai elemen komedi.

Menurut Syafiq, kesinambungan dari filem terdahulu akan menyaksikan perubahan hidup Fadil dari seorang 'street fighter' yang terjebak dalam dunia mafia.

"Untuk sekuel kedua ini, saya boleh jamin ia sebuah penceritaan yang lebih matang dan elegan. Ada sebab kukuh mengapa Fadil terjerumus dalam kancah mafia. Penonton harus nantikan ia di pawagam," katanya kepada Kosmo!

Tambah pengarah filem "Villa Nabila" ini lagi, dia juga mengambil inspirasi dari filem "Kingsman: The Secret Service", namun ia masih mempunyai jalan cerita yang tersendiri.

Dalam pada itu, pengarah berusia 23 tahun itu berkata sepanjang penggambaran cabaran utamanya adalah keadaan cuaca yang tidak menentu yang mana menyebabkan beberapa babak terpaksa ditangguhkan.

"Abang Long Fadil 2" ini akan diterajui oleh Zizan Razak dan turut dibarisi oleh pelakon lain seperti Syamsul Yusof, Achey Bocey, Shuib, A. Galak, Wak Doyok dan ramai lagi.

(Sumber foto: Ooo.my)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide