Syamsul Yusof hitung hari bakal bergelar bapa | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Syamsul Yusof hitung hari bakal bergelar bapa

Penulis: Ashraf Nasser


Syamsul Yusof sudah bersedia untuk berdepan segala kemungkinan.

17 Dis – Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof kini sedang bahagia dan menghitung hari untuk menimang cahaya mata sulungnya bersama isterinya Puteri Sarah yang dijangka akan bersalin pada April tahun hadapan.

"Alhamdulillah, dijangkakan anak saya akan dilahirkan pada April tahun depan. Setakat ini semuanya sihat termasuk ibu dan anak."

"Cuma perubahan paling ketara pada isteri adalah dia semakin bulat. Saya tidak kisah soal itu sebab apa yang penting kini dia dalam keadaan baik," katanya kepada Utusan Online.

Pada masa sama, anak kepada penerbit dan pengarah tersohor tanah air, Datuk Yusof Haslam ini turut mendedahkan bahawa dia dan isteri bakal menimang cahaya mata lelaki.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perubahan isterinya sepanjang kehamilan, Syamsul mengakui isterinya tidak mengalami perubahan yang ketara seperti wanita-wanita hamil lain.

Malah isterinya menjadi seorang yang lebih penyabar dan tidak menunjukkan sebarang alahan kepadanya.

Sementara itu, Syamsul berkata dia kini sudah bersedia dengan segala kemungkinan kerana sebelum ini isterinya pernah mengalami keguguran.

"Soal ini saya fikir kita sebagai manusia akan tetap berserah kepada yang lebih berkuasa. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam masa yang sama mudah untuk kita berasa redha."

(Sumber foto: Syamsul Yusof Instagram)

Cinema Online, 17 Dis 2016

Filem Berkaitan:
Desolasi (Malay) (08 Dec 2016)
Munafik (Malay) (25 Feb 2016)
KL Gangster 2 (Malay) (03 Oct 2013)


Waktu Tayangan