Buletin
Syamsul Yusof rombak keseluruhan skrip "Munafik 2"


Tarikh disiarkan: 6 Ogos 2016


Syamsul Yusof gembira filem "Munafik" dapat sembilan pencalonan di FFM 28.

6 Ogos – Pengarah filem Syamsul Yusof telah memberitahu bahawa dia telah merombak semula skrip filem sekuelnya, "Munafik 2", selepas merasakan naskhah tersebut tidak menepati seperti apa yang dimahukannya walaupun sudah hampir siap sepenuhnya.

"Skrip "Munafik 2" sudah separuh siap saya hasilkan namun, saya mengambil keputusan untuk buang dan tulis semula kisahnya kerana merasakan ia tidak menepati apa yang saya mahukan."

"Naskhah pertama mendapat sambutan luar biasa penonton dan untuk sekuel ia perlu melangkaui apa yang pernah saya hasilkan," katanya kepada mStar.

Selain mengarah, anak kepada penerbit dan pengarah filem tersohor Datuk Yusof Haslam turut membintangi filem "Munafik 2".

Sebelum ini, filem terbitan Skop Production ini telah mencetuskan fenomena apabila berjaya mendapat kutipan sebanyak RM19 juta.

Dalam pada itu, pengarah berusia 32 tahun itu berkata filem terbarunya ini bakal menemui penonton sekitar tahun hadapan.

Sementara itu, Syamsul bersyukur dan teruja apabila filem seramnya berjaya memperoleh sembilan pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM 28) yang bakal berlangsung pada 3 September depan.

Sembilan pencalonan itu adalah menerusi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Lagu Tema Asal Terbaik dan Kesan Visual Khas Terbaik.

(Sumber foto: Instagram Syamsul Yusof)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Munafik (Melayu) (25 Februari 2016)
Khurafat - Perjanjian Syaitan (Melayu) (13 Januari 2011)