Buletin
Taiping Mall dapat sinema baru


Tarikh disiarkan: 22 November 2016


Tonton filem blockbuster terbaru di Paragon Cinemas di Taiping.

22 Nov – Paragon Cinemas telah membuka cawangan pertama mereka di Taiping Mall, Perak pada 19 November lalu.

Berikutan itu, pawagam itu telah mengadakan tayangan percuma filem-filem blockbuster 2016 sehingga 23 November ini.

Antara filem yang boleh ditonton pengunjung termasuk "Captain America: Civil War", "The Jungle Book", "Zootopia", "The Mermaid", "Ghostbusters", "Munafik" dan "Ip Man 3".


Pengunjung sinema beratur untuk mendapatkan tiket tayangan percuma.
(Sumber Foto: Paragon Cinemas Facebook).

Paragon Cinemas Taiping Mall adalah pawagam ketiga di Taiping selepas TGV Cinemas AEON Taiping dan MBO Cinemas Taiping Sentral.

Cawangan kedua Paragon Cinemas; KB Mall di Kelantan, dijangka akan dibuka pada suku pertama 2017.

(Sumber foto: Paragon Cinemas Facebook)

Penulis: Florey DM

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.




Ticket Pricing Guide