Buletin
Tayangan filem di GSC Mid Valley terjejas akibat 'blackout'


Tarikh disiarkan: 27 Oktober 2016


GSC Mid Valley akan membuat bayaran balik kepada penonton yang terjejas selama 7 hari.

27 Okt – Sekiranya anda salah seorang yang menonton di filem di pawagam GSC Mid Valley pada malam semalam sudah pastinya anda merupakan salah seorang penonton yang terjejas selepas bekalan elektrik terputus kira-kira pukul 9.00pm.

Berikutan itu, GSC dalam satu kenyataannya di laman Facebook rasmi berkata penonton yang terjejas akibat gangguan bekalan elektri pada 26 Oktober 2016, pihak mereka akan membuat bayaran balik selama tujuh hari bagi tayangan yang terjejas dari 5.40pm hingga 8.15pm.

Apa yang penonton terjejas perlu lakukan adalah menunjukkan bukti pembelian tiket seperti tiket GSC Box Office, GSC e-payment confirmation ID, GSC SelfPrint tiket atau GSC Mobile App (iOS, Android atau Windows Phone).

Pelanggan juga boleh menghubungi GSC Customer Relations untuk membuat bayaran balik di cs@gsc.com.my atau Tel: 03-77137888 (waktu pejabat, 9.00am hingga 6.00pm).

Terdahulu, The Star Online melaporkan antara kawasan lain yang turut terjejas dengan insiden gangguan bekalan elektrik ini termasuklah dari Bangsar Shopping Centre termasuk kawasan perumahan.

Insiden tersebut telah membuatkan ramai menyuarakan kekecewaan mereka di laman sosial Twitter dengan menggunakan hashtag #BangsarBlackout.

Salah seorang netizen Jason Lioh dalam status di Twitter miliknya berkata; "Menonton wayang di GSC Cinemas Mid Valley apabila #BangsarBlackout berlaku."

Sementara itu, menerusi laman sosial Facebook TNB Careline satu kenyataan ringkas telah dikeluarkan bagi memaklumkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Bangsar dan Damansara.

Berikutan itu, pihak mereka sedang berusaha untuk memulihkan bekalan secara berperingkat dan punca gangguan masih dalam siasatan.

Pihak TNB juga memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

(Sumber foto: GSC)

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.




Ticket Pricing Guide