Buletin
Umie Aida akui rindu lakon watak berat


Tarikh disiarkan: 17 Mei 2016


Datin Umie Aida baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri "Mak Cun" musim kedua.

17 Mei – Pelakon Datin Seri Umie Aida mengakui dirinya rindu untuk kembali berlakon membawa watak berat terutamanya watak yang memerlukannya menangis dalam skrin.

Ini kerana kali terakhir beliau membawa watak berat adalah pada tahun 2010 menerusi "Air Mata Nur Salina" iaitu kira-kira enam tahun lalu.

"Selepas beberapa tahun tidak bermain dengan emosi dalaman, perasaan ingin kembali menangis atau lebih tepat menghidupkan watak berat seakan membuak-buak," katanya kepada BH Online.

Pelakon "Jwanita" ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini beliau lebih banyak menjayakan watak komedi menerusi drama bersiri popular "Mak Cun" yang memegang watak wanita gila-gila bernama Zeenat Manisah.

Tambah pelakon berusia 43 tahun itu, beliau tidak menolak kemungkinan pengarah atau penerbit takut untuk menawarkan watak berat kepadanya berikutan beliau kini lebih sinonim dengan watak komedi.

Dalam pada itu, bercerita mengenai perkembangan terbarunya Umie memberitahu beliau baru sahaja selesai menjalani penggambaran musim kedua drama arahan Erma Fatima "Mak Cun" baru-baru ini.

Pada masa sama beliau juga sedang meluaskan perniagaan miliknya dengan merancang melakukan pelancaran jus detox selepas Hari Raya Aidilfitiri depan.

(Sumber foto: Rotikaya)

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan: