Buletin
"Upin Ipin Jeng Jeng Jeng" kutip RM3 juta selepas 4 hari!


Tarikh disiarkan: 30 November 2016


Kutipan filem "Upin Ipin Jeng Jeng Jeng" dijangka akan terus meningkat.

30 Nov – Filem 'live action' "Upin Ipin Jeng Jeng Jeng" sekali lagi mencetuskan fenomena apabila berjaya mengutip RM3 juta selepas empat hari tayangannya di seluruh negara.

Filem yang diterbitkan bersama Les' Copaque dan KRU Studios ini memperlihatkan jenama "Upin & Ipin" terus utuh dan masih menjadi kegemaran kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Datuk Norman Abdul Halim berkata pihaknya teruja dan gembira dengan sambutan yang diterima.

"Alhamdulillah, ramai menonton filem ini. Ia di luar jangkaan dan diharap sempena musim cuti sekolah ini kutipan akan terus meningkat."

"Selain itu, saya yakin jalan cerita dan jenama Upin & Ipin itu sendiri antara daya tarikan utama penonton ke pawagam," katanya yang dipetik dari AzbaijaTV 2.0.

Tambah Norman lagi, ini merupakan kali pertama KRU Studios berkolaborasi dalam menerbitkan filem animasi.

Filem 'live action' arahan pengarah tersohor tanah air Erma Fatima ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Puteri Balqis, Asyiela Putri (pelakon suara Upin Ipin), Awie, Remy Ishak, Sara Ali, Gambit Saifullah dan ramai lagi.

"Upin Ipin Jeng Jeng Jeng" yang mula ditayangkan di 122 pawagam di seluruh negara bermula 24 November lalu.

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide