Yana Samsudin elak berlakon dengan Farid Kamil | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Yana Samsudin elak berlakon dengan Farid Kamil

Penulis: Ashraf Nasser


Golden Screen Cinemas Dataran Pahlawan turns 4!

11 Feb – Pelakon Yana Samsudin yang sebelum ini selalu digandingan dengan pelakon Farid Kamil, mengakui kini dia mula berasa segan dan kekok apabila berlakon dalam babak yang memerlukan mereka bertentangan mata sejak bergelar adik ipar kepada Farid.

"Dulu saya tak rasa apa-apa pun. Cuma baru-baru ini saja saya rasa lain, ada sikit segan dan kekok apabila berlakon dengan Farid terutama babak kalau terpaksa bertentang mata dengan dia. Jadi kalau boleh saya mahu elak berlakon dengan dia," ujarnya kepada Malaysian Digest.

Menurut pelakon "Wawa Semput", walaupun sebagai seorang pelakon dia perlu bersikap profesional ketika sewaktu bekerja, tetapi dia tidak dapat menyembunyikan rasa segan itu sejak berkahwin dengan adik pelakon itu.

Pelakon berusia 32 tahun itu berkata demikian selepas dia dan Farid bergandingan dalam sebuah drama berjudul "Qanun 99".

Dalam perkembangan terbaru, Yana memberitahu yang dia baru sahaja selesai penggambaran filem terbarunya berbahasa Mandarin "Happy Birthdeath" yang mana dia akan membawa watak hantu pada zaman Jepun.

Selain itu, Yana juga akan menjadi hos untuk program dokumentari terbitan RTM berjudul "Jejak Seribu Kaki", dan juga merancang membuka butik muslimah jenamanya sendiri iaitu Ayana By Yana Samsudin pada bulan hadapan.

(Sumber foto: Yana Samsudin Instagram)

Cinema Online, 11 Feb 2016

Filem Berkaitan:
Wawa Semput (Malay) (31 Jan 2013)
8 Jam (Malay) (05 Jul 2012)
Adnan Sempit 3 (Malay) (08 Aug 2013)


Waktu Tayangan