Buletin
Zahiril Adzim menaruh impian arah filem


Tarikh disiarkan: 8 April 2016


Zahiril Adzim kini bersikap selektif dalam memilih tawaran berlakon.

8 Apr – Pelakon Zahiril Adzim kini mula berjinak-jinak dalam bidang pengarahan pula apabila dia baru sahaja selesai mengarahkan telefilem, "DikaBaran", dan menaruh impian untuk mengarah filem pula selepas ini.

"Bagi saya baru satu telefilem, belum cukup mempamerkan kemampuan saya. Kalau boleh, saya mahu mengarahkan lebih banyak drama bersiri dan telefilem sebelum mengarah filem," katanya kepada Sinar Harian.

Pada masa sama, pelakon "Juvana 2" ini tidak akan menolak jika dia mendapat tawaran mengarah filem dalam masa terdekat.

Zahiril juga berkata yang dia perlu menimba pengalaman secukupnya dahulu untuk menampilkan hasil kerja pada skala besar.

Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun itu berkata demi mahu memberi fokus kepada kerjaya barunya itu, dia kini sudah mula memperlahankan kerjaya lakonannya.

Zahiril bagaimanapun berkata dia tidak akan terus berhenti dari berlakon kerana ia merupakan sumber pendapatannya.

Sementara itu, Zahiril juga memberitahu yang dia kini lebih selektif dalam memilih tawaran berlakon dan hanya akan mengambil naskhah yang menepati syarak dan lebih ke arah Islam.

(Sumber foto: Zahiril Adzim Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Juvana 2 (Melayu) (29 Oktober 2015)
Redha (KKIFF) (Melayu) (22 Julai 2017)
Bunohan (Melayu) (8 Mac 2012)