Buletin
Zizan Razak bakal muncul dengan filem terbaru "Bikers Kental 2"


Tarikh disiarkan: 29 Februari 2016


Zizan Razak akui lebih selesa berlakon filem berbanding drama.

29 Feb – Pelakon dan pelawak Zizan Razak memberitahu dia teruja apabila bakal menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul "Bikers Kental 2" yang dijadualkan berlangsung bermula 16 Mac depan.

"Sejujurnya sejak pihak penerbit dan pengarah memberitahu mahu membuat sekuel filem "Bikers Kental", saya sangat teruja, malah bersedia 100 peratus.

"Saya rindu nak bekerja dengan pasukan BK dan pelakon lain. Filem ini sangat berbeza kerana daya tarikannya adalah motor berkuasa besar," katanya kepada Harian Metro.

Tambah Zizan lagi, kelainan yang ditampilkan untuk filem sekuel ini adalah filem BK 2 akan menjalani penggambaran sepenuhnya di negara jiran Thailand.

Dalam pada itu, bercerita mengenai kerjaya lakonannya, pelakon berusia 32 tahun itu mengakui lebih selesa untuk berlakon filem berbanding drama.

Menurut Zizan, walaupun dia menerima tawaran berlakon dalam drama namun dia menolak kerana mahukan sebuah naskhah berbeza dan mampu memberi impak.

Sementara itu, Zizan yang ditanya mengenai dakwaan kononnya dia keluar berdua dengan bekas isteri pelakon Datuk Eizlan Yusof, Vie Shanti Harun, Zizan mengakui dan berkata mereka bukan keluarga berdua tetapi bersama keluarga masing-masing. Pada masa sama Zizan juga menegaskan bahawa hubungan mereka hanya sekadar kawan dan urusan perniagaan sahaja.

(Sumber foto: Zizan Razak Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Bikers Kental (Melayu) (23 Mei 2013)
Abang Long Fadil (Melayu) (29 Mei 2014)
Polis Evo (Melayu) (17 September 2015)