Zizan Razak kembang kerjaya lakonan di Indonesia | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Zizan Razak kembang kerjaya lakonan di Indonesia

Penulis: Ashraf Nasser


Zizan Razak berehat dari sebarang akviti lakonan sepanjang bulan Ramadan ini.

24 Jun – Pelakon, pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak bakal mengembangkan kerjaya lakonannya ke negara luar apabila dia mendapat tawaran berlakon dari sebuah produksi Indonesia baru-baru ini.

"Ketika mendapat tawaran itu saya bertanya juga adakah mereka mengenali siapa saya kerana sebelum ini saya belum pernah berlakon dalam mana-mana produksi di negara itu.

"Mereka memberitahu mereka sukakan lakonan saya dan ingin saya menyertai dalam projek terbaru itu," katanya kepada mStar.

Tambah pelakon "Abang Long Fadil" ini lagi, projek tersebut adalah projek sepenuhnya produksi Indonesia dan dia satu-satunya pelakon dari Malaysia yang akan membintanginya.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak bagaimanapun berkata dia masih belum menandatangani sebarang kontrak kerana ia masih di peringkat awal.

Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun itu berkata dia teruja untuk merasai pengalaman berlakon dengan produksi luar negara.

Ini kerana pengalaman yang ditimbanya di sana pasti berbeza jika dibandingkan bekerja dengan kru tempatan.

Sementara itu, bercerita mengenai aktivitinya sepanjang bulan Ramadan ini Zizan memberitahu dia banyak menolak tawaran kerja kerana mahu memberi perhatian ibadah puasa selain meluangkan masa bersama keluarga.

(Sumber foto: Zizan Razak Instagram)

Cinema Online, 24 Jun 2016

Filem Berkaitan:
Abang Long Fadil (Malay) (29 May 2014)
Cicakman 3 (Malay) (12 Mar 2015)
KL Gangster 2 (Malay) (03 Oct 2013)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan