Buletin
Zul Ariffin teruja dapat sarung seragam UTK


Tarikh disiarkan: 9 Mei 2016


Zul Ariffin berikan yang terbaik dalam menjayakan watak sebagai seorang anggota UTK.

9 Mei – Pelakon Zul Ariffin mengakui teruja apabila diberi peluang untuk membawa watak sebagai anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dalam filem terbarunya berjudul "J Revolusi".

Menurut pelakon "Bikers Kental" itu, demi menjayakan tuntutan watak tersebut dia telah menjalani latihan lebih sebulan sebelum memulakan penggambaran.

"Saya menjalani latihan dengan sebuah pusat latihan yang memang menjurus kepada latihan kombat dan mereka mengajar bagaimana untuk berlawan dengan mereka yang menggunakan pisau dan sebagainya."

"Bagi saya, pengalaman dalam menjalani laithan adalah satu pengalaman yang berharga untuk saya," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah pelakon berusia 30 tahun itu lagi, pengalamannya sebelum ini yang pernah berlakon dalam drama "Gerak Khas" sedikit sebanyak membantunya dari segi mental dan fizikal.

Pada masa sama, Zul turut berterima kasih kepada anggota UTK dan polis yang banyak membantunya dalam menjayakan watak sebagai Jay Zulkarnain.

Selain Zul, filem arahan Zulkarnain Azhar ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Nur Fazura, Izara Aishah, Farid Kamil dan ramai lagi.

(Sumber foto: Zul Ariffin Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Bikers Kental (Melayu) (23 Mei 2013)
Penanggal (Melayu) (28 November 2013)
EVOLUSI KL DRIFT 2 (Melayu) (25 Mac 2010)





Ticket Pricing Guide