"Abang Long Fadil 2" catat kutipan tertinggi di Malaysia | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

"Abang Long Fadil 2" catat kutipan tertinggi di Malaysia

Penulis: Farah Hanis


"Abang Long Fadil 2" kini mengungguli box office Malaysia.

2 Oct – "Abang Long Fadil 2" kini merupakan raja terbaru box office Malaysia.

Dengan hasil kutipan sebanyak RM17.9 juta dalam hanya 39 hari, filem terbitan Astro Shaw dan Skop Productions ini telah diraih sebagai filem Malaysia yang mempunyai hasil kutipan tertinggi sepanjang zaman, membenamkan rekod "Polis Evo" pada tahun 2015.

Ini merupakan filem ketiga terbitan Astro Shaw baru-baru ini yang telah mendahului box office tempatan, selepas kejayaan "Polis Evo" pada 2015 dengan kutipan sebanyak RM17.8 juta dan "The Journey" dengan RM17.28 juta pada tahun 2014.

Dengan sambutan yang cukup memberangsangkan ini, semestinya tidak melampau untuk pengarah muda Syafiq Yusof untuk melahirkan niat memfrancaiskan "Abang Long Fadil".

Dibintangi Zizan Razak, Syamsul Yusof, Tania Hudson dan Dato' AC Mizal, filem ini mengisahkan tentang Fadil yang terjerumus dalam dunia mafia selepas disalah anggap sebagai seorang pembunuh upahan.

"Abang Long Fadil 2" kini masih ditayangkan di 77 pawagam seluruh negara.

Cinema Online, 02 Okt 2017

Filem Berkaitan:
Abang Long Fadil 2 (Malay) (24 Aug 2017)
Abang Long Fadil (Malay) (29 May 2014)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan