Buletin
"Aku Bukan Terrorist" kolaborasi antara Malaysia & Bollywood


Tarikh disiarkan: 14 Ogos 2017


Barisan pelakon, pengarah, penerbit "Aku Bukan Terrorist" bersama Menteri
Perlancongan & Kebudayaan, Dato' Seri Nazri Aziz.

14 Ogos – Pengarah filem muda berbakat besar Arjin Upal yakin kolaborasi pelakon tempatan dan Bollywood dalam filem terbarunya berjudul "Aku Bukan Terrorist" mampu mendapat sambutan daripada penonton.

Ini kerana filem tersebut bukan sahaja akan ditayangkan di Malaysia, tetapi ia juga akan ditayangkan di India juga.

"Ketika saya hasilkan skrip filem ini sememangnya saya sudah merancang untuk menayangkan filem ini di luar Malaysia juga oleh itu saya ambil keputusan untuk menggabungkan pelakon tempatan dan juga Bollywood.

"Untuk mendapatkan pelakon Bollywood tidak sukar kerana kami mempunyai hubungan baik dengan pihak Bollywood oleh itu kami berjaya mendapatkan tiga nama besar untuk bintangi filem ini," ujarnya yang dipetik ditemui pada pelancaran treler "Aku Bukan Terrorist" di TGV One Utama baru-baru ini.


Arjin Upal bersyukur penggambaran berjalan dengan lancar biarpun terdapat
beberapa insiden.

Ditanya apakah cabaran yang terpaksa dihadapi olehnya dan pasukan produksi sepanjang penggambaran yang berlangsung di Kashmir, India, Arjin berkata terdapat beberapa cabaran besar yang perlu dihadapi mereka.

Antaranya adalah cuaca di mana mereka mempunyai masa siang yang singkat untuk buat penggambaran, kedua keadaan sejuk melampau di mana mereka terpaksa melakukan penggambaran dalam suhu di bawah paras beku.

Selain itu, mereka juga terpaksa mengikut segala arahan daripada pihak berkuasa berikutan lokasi penggambaran merupakan kawasan konflik di mana ada ketika mereka terpaksa duduk di hotel berikutan darurat.

Menurut Arjin, di sebalik pelbagai cabaran yang perlu dihadapi mereka ia tidak sedikit pun melemahkan semangatnya dan juga para kru produksi dan pelakon yang mana mereka telah memberikan komitmen yang tinggi untuk menyelsaikan penggambaran filem ini.

Filem yang menelan belanja lebih RM7 juta ini menampilkan barisan pelakon tempatan dan Bollywood iaitu Afiq Muiz, Chacha Maembong, Gulshan Grover, Rahul Dev, Farida Jalal, Kapten Khir Mohd Noor dan penampilan khas oleh Datuk Jalaluddin Hassan.

"Aku Bukan Terrorist" bakal menemui penonton di seluruh negara bermula 5 Oktober ini.

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.




Ticket Pricing Guide