Buletin
Amerul Affendi tubuh madrasah seni di Temerloh


Tarikh disiarkan: 24 Januari 2017


Amerul Affendi sedang tunggu dua buah filem terbarunya untuk ditayangkan.

24 Jan – Kecenderungan yang mendalam terhadap bidang seni telah membuatkan pelakon Amerul Affendi ambil keputusan untuk membina sebuah madrasah seni di kampung halamannya Temerloh, Pahang untuk menghidupkan aktiviti kesenian.

"Mungkin bila sebut madarasah orang akan fikir ia lebih kepada aktiviti keagamaan. Namun saya mahu melakukan sebaliknya dengan pembinaan madrasah yang bakal dimeriahkan dengan aktiviti kesenian seperti teater, muzik dan sebagainya."

"Ketika ini, madrasah yang diusahakan bersama beberapa rakan saya ini sedang dalam pembinaan, insyaAllah jika segalanya berjalan lancar ia dapat beroperasi pada tahun ini juga," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah pelakon "Pekak" ini lagi, pembinaan madrasah seni bersama rakannya ini mengambil tempoh yang lama untuk disiapkan kerana kos pembinaannya dikumpul menerusi persembahan bersama Band Jawi dan penjualan produk Tradisi Jawi.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan seninya, Amerul atau nama sebenarnya Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi mengakui dia kurang menerima tawaran namun dia tidak melihat ia dari sudut negatif, sebaliknya positif yang mana jika dapat peluang berlakon, dia akan beri yang terbaik.

Malah Amerul menjelaskan dia tidak mahu mengambil apa sahaja tawaran sewenang-wenangnya sekiranya watak yang ditawarkan tidak sesuai dengannya.

Sementara itu, Amerul memberitahu bahawa dia bakal muncul dengan sebuah telefilem baru berjudul "Janji ALLAH".

Selain itu, dia juga bakal muncul dengan dua buah filem iaitu "Bikers Kental 2" dan "One Two Jaga" yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

(Sumber foto: mStar)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Pekak (Melayu) (1 September 2016)
Polis Evo (Melayu) (17 September 2015)
Terbaik Dari Langit (Melayu) (25 Disember 2014)





Ticket Pricing Guide