Buletin
Anak ikut jejak langkah Farid Kamil berlakon


Tarikh disiarkan: 1 Jun 2017


Farid Kamil tak halang sekiranya Chemad mahu jadi pelakon

1 Jun – Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Itu adalah perumpaan yang sesuai diberikan kepada anak pasangan pelakon popular Farid Kamil dan Diana Danielle iaitu Muhammad, apabila dia mula mengikut jejak langkah ibu bapanya ke bidang lakonan.

Walaupun baru berusia tiga tahun, namun Muhammad atau mesra dengan panggilan Chemad sudah mampu berlakon apabila lakonannya dalam iklan produk Lifebuoy telah mendapat pujian daripada penonton.

"Jujurnya saya gementar kerana bimbang projek itu tidak sempurna sekiranya Chemad gagal memberikan persembahan baik untuk kempen itu.

"Tetapi selepas menonton sendiri hasil akhir iklan itu, saya lega dan tidak menyangka anak saya sebenarnya mempunyai bakat dalam lakonan dan tertanya-tanya juga dari mana dia belajar berlakon," ujar Farid yang dipetik dari mStar.

Farid berkata dia sedikit terkejut kerana ketika set penggambaran dia tidak merasakan anaknya memberikan lakonan seperti yang ditonton dalam iklan.

Dalam pada itu, pelakon "Lagenda Budak Setan" itu tidak menghalang sekiranya Chemad cenderung ke bidang lakonan dan ada tawaran yang tidak menganggu aktiviti hariannya.

Ini kerana Farid dan isterinya mahu anaknya itu menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain dan mahu memberi penekanan terhadap aspek pembelajaran.

(Sumber foto: Farid Kamil Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide