Animonsta Studios dan The Pokemon Company bekerjasama | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Animonsta Studios dan The Pokemon Company bekerjasama

Penulis: Ashraf Nasser


Monsta Licensing akan membawa masuk siri televisyen dan filem "Pokemon" terbaru.

3 Ogos – Animonsta Studios Sdn Bhd terus melangkah kehadapan apabila anak syarikatnya Monsta Licensing menjalin kerjasama dengan syarikat The Pokemon Company bagi mengembangkan lagi skop urus niaga selain menghasilkan Harta Intelek (IP).

Dipetik dari Harian Metro, kerjasama ini akan menyaksikan studio yang menghasilkan animasi popular "BoBoiBoy" ini menjadi pengedar buat IP antarabangsa di Malaysia.

Menerusi kerjasama ini, Monsta Licensing akan bertanggungjawab membawa masuk musim terbaru Pokemon iaitu "Pokemon Sun & Moon" untuk tayangan tempatan.

Siri terbaru itu akan kembali menyaksikan pengembaraan Ash Ketchum bersama Pikachu merentasi wilayah Alola.

Selain siri televisyen, Monsta juga akan membawa masuk filem terbaru Pokemon iaitu "I Choose You" bersempena ulang tahun ke-20 yang mana ia akan membawa penonton kembali ke Pekan Pallet di mana Ash memulakan pengembaraannya sebagai pelatih Pokemon.

Sementara itu, bersempena cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi Monsta juga akan menganjurkan acara 'Meet & Greet' di Alamanda, Putrajaya pada 26 Ogos hingga 3 September ini.

Acara tersebut akan memberi peluang kepada peminat untuk bertemu dan bergambar bersama-sama maskot Pikachu selain dapat membeli barangan rasmi eksklusif Pokemon.

(Sumber foto: 9now.zendesk)

Cinema Online, 03 Ogos 2017

Filem Berkaitan:
BoBoiBoy The Movie (Melayu) (03 Mac 2016)


Waktu Tayangan