Buletin
Awie berhasrat bina muzium untuk penggiat seni


Tarikh disiarkan: 5 April 2017


Golden Screen Cinemas Dataran Pahlawan turns 4!

5 Apr – Pelakon dan penyanyi Datuk Awie menyuarakan hasratnya untuk membina sebuah muzium khas bagi mengharga dan memartabatkan penggiat seni tanah air supaya masyarakat generasi baru dapat mengenali seniman dan seniwati yang sudah meninggal dunia.

"Perancangan untuk mewujudkan muzium khas ini adalah bagi memberi informasi mengenai penggiat seni tempatan. Ramai seniman dan seniwati negara yang sudah meninggal dunia, namun tiada penghargaan buat mereka.

"Muzium seni ini bukan saja menjadi tanda penghargaan, malah untuk memartabatkan lagi artis tempatan. Pusat informasi itu nanti turut berperanan sebagai tempat rujukan bagi mendalami dunia seni," katanya yang dipetik dari BH Online.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, Malaysia perlu mengikut jejak langkah negara luar yang mempunyai muzium atau tempat khas untuk menghargai selebriti mereka.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya, vokalis kumpulan Wings ini bakal muncul dengan Konsert Wings & Superfriends – Belenggu Irama yang akan berlangsung 6 hingga 9 April ini.

Oleh itu, artis berusia 48 tahun itu berharap ia akan mendapat sokongan padu daripada penggemar muzik untuk memeriahkan persembahannya.

(Sumber foto: The Star)

Penulis: Ashraf Nasser








Ticket Pricing Guide