Bront Palarae arah filem Tun Mahathir rampas syarikat British | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Bront Palarae arah filem Tun Mahathir rampas syarikat British

Penulis: Ashraf Nasser


Bront Palarae akan terajui filem ini dengan bawa watak Tan Sri Khalid Ibrahim.

17 Apr – Bilakah filem "Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen" akan siap dan ditayangkan?

Itu adalah persoalan yang mungkin ramai tertanya-tanya berikuta ia sudah hampir dua tahun namun masih lagi belum mendapat sebarang perkembangan filem ini yang dikatakan dalam proses pembikinan.

Filem arahan dan lakonan Bront Palarae ini mengisahkan tentang kisah sebenar kejayaan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Khalid Ibrahim 'merampas' syarikat perladangan terbesar daripada British hanya dalam tempoh dua jam.

Dipetik dari Screedaily, skrip filem terbitan Pixel Play ini dihasilkan oleh Redza Minhat bersama Chew Kin Wah.


Poster filem "Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen".

Dalam filem "Dawn Raid" ini akan menyaksikan Bront sendiri akan menjayakan watak Khalid Ibrahim.

Filem yang berlatarbelakangkan pada 1981 itu berkisarkan kerajaan Malaysia melakukan satu 'serbuah' di London Stock Exchange yang diketuai Khalid bagi 'merampas' syarikat perdagangan British Guthrie Group.

Serangan yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar Selangor itu telah membolehkan syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjaya memiliki 51 peratus syer di syarikat tersebut sekaligus menjadi pemegang saham terbesar.

Filem berbahasa Inggeris ini mendapat sokongan dan suntikan dana dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

(Sumber foto: Bront Palarae Instagram)

Cinema Online, 17 Apr 2017


Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan