Bront Palarae bintangi filem Tagalog | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Bront Palarae bintangi filem Tagalog

Penulis: Nur Iman Syasya


Bront Palarae terus mencipta nama di persada antarabangsa.

8 Jun – Pelakon Bront Palarae akan melebarkan sayapnya ke luar negara apabila bakal terlibat dengan penggambaran filem Tagalog berjudul "Daddy's Home".

Filem thriller psikologi arahan Bradley Liew ini merupakan filem Tagalog pertama buat Bront yang mana dia akan membawa watak sebagai seorang bapa yang pulang ke rumah selepas sekian lama berada di laut.

"Dia bagaimanapun kemudian menjadi lelaki berbeza dan keluarganya sudah tidak mengenalinya, dan perkara tidak dapat dijelaskan mula berlaku," katanya yang dipetik dari Star2.

Dia akan terbang ke Manila, Filipina untuk penggambaran filem tersebut pada 15 Jun dan Bront berharap dia sempat pulang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Liew membuat debutnya pada tahun 2016 menerusi filem "Singing in Graveyards", yang membuat tayangan perdananya di Venice International Film Critics Week dan kemudian telah dinobat Anugerah Filem Terbaik pada anugerah Malaysian Golden Global Awards.

Dalam pada itu, Bront memberitahu kali pertama dia bertemu dengan Liew di Tokyo, Jepun ketika tayangan filemnya "Terbaik Dari Langit" pada tahun 2014.

Mereka kemudian telah berbincang untuk bekerjasama dan akhirnya ia menjadi realiti menerusi "Daddy's Home".

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya Bront baru sahaja selesai dengan penggambaran 'remake' filem seram klasik Indonesia "Pengabdi Setan" arahan Joko Anwar.

Ia merupakan filem Indonesia ketiga buat Bront dan ia akan ditayangkan hujung tahun ini.

(Sumber foto: Bront Palarae Instagram)

Cinema Online, 08 Jun 2017

Filem Berkaitan:
Terbaik Dari Langit (Malay) (25 Dec 2014)
Ola Bola (English / Malay / Mandarin / Tamil) (28 Jan 2016)
Girlfriend Kontrak (Malay) (24 Sep 2015)



Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.

Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan