Bront Palarae dedah seorang wanita ditangkap siar "Pengabdi Setan" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Bront Palarae dedah seorang wanita ditangkap siar "Pengabdi Setan"

Penulis: Ashraf Nasser


Bront Palarae harap penangkapan ini akan jadi pengajaran kepada orang lain.

4 Dis – Pelakon Bront Palarae telah mendedahkan seorang wanita telah ditangkap oleh pihak berkuasa selepas menyiarkan filem seram terbaru lakonannya berjudul "Pengabdi Setan" secara 'live' baru-baru ini.

Bront mendedahkan perkara itu di laman sosial Twitter miliknya.

"Adik ini dah kena tangkap sebab cuba siarkan #PengabdiSetan secara 'live' di FB. Kena tangkap tak berbaloi, hilang masa depan," ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian.


Menurut Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, dia mendapat berita mengenai penangkapan wanita itu daripada seorang rakannya yang bekerja di pawagam.

Pelakon itu meminta agar orang ramai mengambil perkara ini sebagai satu pengajaran supaya tidak melakukan perkara sama atau sedia untuk berdepan tindakan undang-undang.

Ini bukan kali pertama perkara ini berlaku kerana ia mula menjadi 'trend' di kalangan penonton di pawagam membuat siaran 'live' filem yang mereka tonton.

Terbaru filem romantik "Pinjamkan Hatiku" arahan Osman Ali turut menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab menyiarkan filem itu secara 'live'.

Berikutan itu, pihak penerbit filem tersebut Aurawhite Global dan Nuansa Film bakal membuat satu laporan polis di Balai Polis Puchong Jaya, Selangor pada petang ini iaitu kira-kira pukul 2.00pm.

(Sumber foto: malaysianaccess)

Cinema Online, 04 Dis 2017

Filem Berkaitan:
Pengabdi Setan (Indonesian) (23 Nov 2017)
Pinjamkan Hatiku (Malay) (30 Nov 2017)


Waktu Tayangan