Bront teruja filem "Kau Takdirku" akhirnya ditayangkan juga! | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Bront teruja filem "Kau Takdirku" akhirnya ditayangkan juga!

Penulis: Ashraf Nasser


Bront Palarae masih lagi berlakon dalam filem tempatan, cuma tunggu tawaran yang menarik.

11 Jul – Pelakon Bront Palarae mengakui berasa teruja dan berdebar untuk menantikan tayangan filem terbarunya berjudul "Kau Takdirku" yang bakal ditayangkan pada 7 September depan setelah sekian menunggu.

"Filem ini mengambil masa yang agak lama untuk ditayangkan, tapi sebagai pemain filem, kami hanya menanti," ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian.

Menurut Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin biarpun filem itu sudah lama menjalani penggambaran, namun ia masih lagi relevan untuk ditayangkan pada waktu ini.

Bercerita lanjut mengenai cabaran yang terpaksa dihadapinya bagi menjayakan filem arahan Jason Chong itu, pelakon "My Stupid Boss" itu mengakui terpaksa belajar berenang.

"Dek filem ini, saya perlu belajar untuk berenang kerana saya agak trauma dengan air. Selain itu saya perlu naikkan sedikit berat dan gelapkan kulit serta bela rambut panjang. Ia sebuah filem yang menarik untuk ditonton dan anda harus menonton filem ini di pawagam."

Selain Bront, filem "Kau Takdirku" turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Remy Ishak, Ezzaty Abdullah, Aisya Hasna, Megan Tan dan ramai lagi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan dia tidak lagi menerima tawaran berlakon filem tempatan.

Menurut Bront, bukan dia tidak sudi sebaliknya dia belum mendapat tawaran yang betul-betul menarik minatnya.

(Sumber foto: Bront Palarae Instagram)

Cinema Online, 11 Jul 2017

Filem Berkaitan:
My Stupid Boss (Indonesian) (19 May 2016)
Ombak Rindu (Malay) (01 Dec 2011)
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah (Malay) (11 Sep 2014)


Waktu Tayangan