Buletin
Chacha Maembong akui masih aktif berlakon


Tarikh disiarkan: 12 Mei 2017


Chacha bakal muncul dengan filem sulungnya pada hujung tahun ini.

12 Mei – Pelakon Chacha Maembong tampil menyangkal dakwaan kononnya dia sudah menyepikan diri dari industri seni selepas kelibatnya sudah lama tidak kelihatan di kaca televisyen mahu pun di acara-acara hiburan.

Menurut Cha Cha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, dia masih lagi aktif dengan bidang seni tetapi dia lebih selesa bersikap 'low profile'.

"Chacha ada je sebenarnya dan masih aktif berlakon cuma memang sekarang Chacha lebih banyak mendiamkan diri selain jarang muncul pada acara-acara hiburan.

"Apabila bersikpa 'low profile' Chacha sebenarnya lebih fokus dengan kerja malah nama Chacha pun tidak terpalit dengan kontroversi," ujarnya yang dipetik dari mStar.

Pada masa sama adik kepada pelakon Emma Maembong ini juga berkata dia tidak bimbang akan popularitinya menurun berikuta kurangnya publisiti terhadap dirinya.

Pelakon berusia 21 tahun itu menjelaskan populariti bukanlah keutamaan sebaliknya kualiti kerja itu penting.

Dalam pada itu, Chacha memberitahu kerjaya seninya masih lagi berjalan seperti biasa dan dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran beberapa drama namun ia masih belum ditayangkan.

Malah dia juga bakal muncul dengan dua buah telefilem berjudul "Menantu Bilal" dan "Neraka Dimata Syurga Dihati" yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan ini.

Selain itu, filem sulungnya lakonannya "Aku Bukan Terrorist" juga dijangka akan ditayangkan pada akhir tahun ini.

(Sumber foto: Chacha Maembong Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser