Dhyan Vimal bangga "Temuan Takdir" diktiraf di peringkat antarabangsa | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Dhyan Vimal bangga "Temuan Takdir" diktiraf di peringkat antarabangsa

Penulis: Ashraf Nasser


Pengarah dan penerbit Dhyan Vimal juga merupakan pengasas-pengerusi pertubuhan
organisasi bukan berasaskan keuntungan, Friends to Mankind.

18 Jan – Pengarah dan penerbit filem "Temuan Takdir", Dhyan Vimal meluahkan rasa bangga dan gembiranya apabila filem sulung arahan dan terbitannya berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila merangkul dua anugerah di Festival Filem Los Angeles (FFLA).

Dua anugerah tersebut adalah bagi kategori Pengarah Baru Terbaik menerusi Dhyan Vimal dan Skor Asal Terbaik menerusi Krishinthen Shanmugam.

"Ia adalah satu usaha bagi membantu satu sama lain untuk maju dan ia adalah satu kejayaan buat kami. Karya ini memperlihatkan usaha yang dilakukan oleh kami," katanya dalam satu kenyataan.

FFLA adalah pertandingan bulanan oleh IMDb.com untuk pembikin filem di seluruh dunia.


Barisan pelakon, pengarah dan tenaga kerja "Temuan Takdir".

Terdahulu, filem terbitan Zazen Design & Production ini pernah menerima anugerah Pembikin Filem Baru Terbaik di 2016 Chandler International Film Festival, U.S.A., THEMODCON London Film Festival dan Recognition Award Accolade Global Film Competition U.S.A.

"Temuan Takdir" mengisahkan tentang dua pegawai polis adik-beradik, ACP Roslan dan Inspektor Shariff dalam misi memburu dalang di sebalik rompakan sebuah van keselamatan. Penyiasatan telah membawa mereka menemui rahsia akviti kumpulan yang dianggotai oleh Omar, Faisal dan Vikram yang mana setiap seorang daripada mereka mempunyai agenda tersembunyi.

Ia dibintangi oleh barisan pelakon lama dan baru iaitu Dato' Zahim Albakri, Vanidah Imran, Azura Zainal, Thanuja Ananthan, Ery Zukhairi, Amai Kamarudin dan ramai lagi.

Cinema Online, 18 Jan 2017

Filem Berkaitan:
Temuan Takdir (Malay) (11 Aug 2016)


Waktu Tayangan