Buletin
Erma Fatima redha diceraikan suami


Tarikh disiarkan: 23 Ogos 2017


Erma Fatima teruskan kehidupan seperti biasa dan sibuk dengan hobi barunya iaitu
rekaan fesyen.

23 Ogos – Pelakon dan pengarah popular, Erma Fatima redha selepas diceraikan oleh suaminya yang juga seorang pengarah filem Bade Hj Azmi dengan talak satu pada 17 Ogos lalu.

"Saya terima ini sebagai takdir hidup saya. Dah bertahun hidup bersama, siapa suka perkara macam ini berlaku.

"Saya terima semuanya. Saya mahu fokus ke hadapan. Lagi-lagi saya semakin sibuk dengan hobi baru saya iaitu rekaan fesyen," ujarnya yang dipetik dari Sinar Harian.

Malah pengarah drama popular "Mak Cun" ini juga tidak menyalahkan bekas suaminya, sebalik berkata Bade adalah lelaki terbaik dalam dirinya walau apa pun berlaku.

Dalam pada itu, Erma berkata walaupun mereka sudah bercerai namun mereka tidak bermusuhan sebaliknya masih seperti biasa dan bekas suaminya juga sering datang ke rumah untuk bertemu dengan anak-anaknya.

Hasil perkahwinan selama 11 tahun kedua-dua mereka mempunyai lima anak angkat berusia 11 hingga 24 tahun.

Dalam pada itu, wanita berusia 49 tahun itu pada masa turut memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Bade dalam projek akan datang.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbaruny,a Erma memberitahu dia kini sedang sibuk dengan persiapan akhir untuk ke New York bagi program Malaysian Fashion & Business Mission to New York bulan hadapan.

(Sumber foto: Erma Fatima Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Manisnya Cinta Di Cappadoccia (Melayu) (11 Disember 2014)
Azura (Melayu) (2 Februari 2012)





Ticket Pricing Guide