Buletin
Farid Kamil tetap dengan pendiriannya bersikap selektif


Tarikh disiarkan: 15 Februari 2017


Farid Kamil tak sabar nak tunggu tayangan filem aksi terbarunya, "J Revolusi".

15 Feb – Pelakon popular Farid Kamil menjelaskan dia masih lagi memegang pada prinsipnya iaitu bersikap selektif dalam memilih tawaran berlakon kerana mahu mengutamakan kualiti sesebuah naskhah.

Menurut Farid, dengan keadaan ekonomi negara yang merudum dan tidak menentu, ia tetap tidak mengubah pendiriannya.

"Setakat ini saya masih memilih dan ingin berlakon dalam sebuah naskhah yang saya rasa istimewa sahaja."

"Berkaitan tentang masalah ekonomi, saya belum terkesan dengan kejatuhan nilai ringgit yang berlaku sekarang," katanya kepada mStar.

Tambah pelakon "Langit Cinta" ini lagi, dia yakin dengan rezeki yang diterima akan mendapat rahmat sekiranya dia melakukan sesuatu yang dia suka dan ikhlas.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya Farid teruja untuk menunggu tayangan filem aksi terbarunya berjudul "J Revolusi" yang bakal menemui penonton di seluruh negara pada bulan 2 Mac ini.

Pelakon berusia 34 tahun ini mengakui naskhah terbarunya antara filem paling mencabar yang dijayakannya yang mana dia perlu menjalani latihan seni mempertahankan diri untuk beberapa minggu sebelum masih ke set penggambaran.

Selain itu, Farid juga bakal terlibat dengan penggambaran drama terbaru "Syukur Syawal" yang bakal disiarkan di TV3 pada Hari Raya Aidilfitri.

(Sumber foto: Bebiviral)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan: