Buletin
Fattah Amin bakal lebar kerjaya di Indonesia


Tarikh disiarkan: 8 Disember 2017


Fattah Amin dan Fazura ketika di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

8 Dis – Pelakon popular Fattah Amin bakal melebarkan sayapnya di negara seberang selepas mendapat beberapa tawaran berlakon di Indonesia.

"Ya saya cuba mengintai peluang dan Alhamdulillah, ada produksi yang sudah menawarkan saya untuk berlakon di sini," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Fattah berbuat demikian selepas mendapat sokongan dan mahu mengikut jejak langkah isterinya Nur Fazura yang sudah melebarkan kerjaya lakonan di sana.

Pelakon itu berkata demikian ketika menghadiri tayangan pertama filem "Ayat-Ayat Cinta 2" yang dibintangi oleh isterinya di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.


Dalam pada itu, Fazura berharap agar suaminya dapat merealisasikan impiannya untuk melebarkan sayap di dalam industri lakonan di Indonesia.

Selain Fazura, filem "Ayat-Ayat Cinta 2" turut menampilkan seorang lagi pelakon tempatan iaitu Bront Palarae.

Terdahulu, Fattah dan Fazura telah selamat diijabkabulkan pada bulan November lalu di sebuah hotel terkemuka secara tertutup.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbaru, Fattah kini sedang menunggu filem sulung lakonannya ditayangkan iaitu "KL Special Force" arahan Syafiq Yusof.

(Sumber foto: Fattah Amin Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
J Revolusi (Melayu) (2 Mac 2017)
Langit Cinta (Melayu) (7 Januari 2016)
Ayat-Ayat Cinta 2 (Indonesia) (11 Januari 2018)