Buletin
Fattah Amin kini bergelar penerbit eksekutif


Tarikh disiarkan: 21 Januari 2017


Fattah Amin sedang tunggu tayangan filem pertamanya "KL Special Force".

21 Jan – Pelakon Fattah Amin teruja apabila impiannya untuk bekerja di belakang tabir akhirnya menjadi realiti apabila dia bakal menggalas tugas sebagai penerbit eksekutif untuk drama "Dia Anak Jeneral".

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata peluang tersebut diberi oleh pemilik produksi A Aida Production iaitu Datuk A Aida sendiri.

"Syukur, Datuk A Aida sudi memberi peluang kepada saya bekerja dengannya. Sudah lama saya teringin bekerja belakang tabir dan apabila diberi peluang inilah masanya untuk buktikan kemampuan diri."

"Saya akan gunakan semua ilmu ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dulu dengan sebaik mungkin," katanya kepada Harian Metro.

Tambah Fattah drama "Dia Anak Jeneral" diangkat dari novel dan akan disiarkan di saluran RTM.

Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun itu berkata dia sudah kembali aktif dengan lakonan selepas dua bulan berehat.

Pada masa sama, dia juga mengucapkan terima kepada pihak pengurusannya dan keluarga yang banyak membantunya dalam menguruskan gimnasium dan kedai makan miliknya.

Sementara itu, Fattah akui rezekinya juga semakin murah apabila sering mendapat tawaran untuk menjadi duta produk termasuk Safi Men, Oppo dan beberapa lagi.

Fattah kini sedang menunggu filem sulungnnya berjudul "KL Special Force" yang masih lagi menunggu tarikh tayangannya.

(Sumber foto: Fattah Amin Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser






Ticket Pricing Guide