Fazura sahkan bakal bintangi "Ayat-Ayat Cinta 2" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Fazura sahkan bakal bintangi "Ayat-Ayat Cinta 2"

Penulis: Ashraf Nasser


Fazura bersyukur apabila bakat lakonannya mula diterima di Indonesia.

28 Jul – Pelakon popular Nur Fazura telah mengesahkan bahawa dirinya bakal membintangi filem sekuel "Ayat-Ayat Cinta 2" yang akan memulakan penggambaran tidak lama ini.

Filem arahan Guntur Soeharjanto ini merupakan filem Indonesia yang pernah mencetuskan fenomena ketika ia ditayangkan pada tahun 2008.

"Saya menerima tawaran untuk berlakon dalam filem ini sekitar April lalu. Saya memang meminati filem "Ayat-Ayat Cinta" dan sudah banyak kali menontonnya.

"Tidak sangka, saya berpeluang untuk berlakon dalam judul susulannya. Menerusi filem kedua ini, saya melakonkan watak Brenda," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Selain Fazura, pengarah juga menampilkan Dewi Sandra dan Chelsea Islan selain mengekalkan pelakon asal Fedi Nuril.

Dalam pada itu, pelakon "J Revolusi" itu nyata teruja apabila dirinya kini semakin diterima dalam industri lakonan di negara seberang yang mana filem terbaru ini menjadi filem keempatnya.

Sementara itu, pelakon berusia 33 tahun itu berkongsi pengalaman bekerja dengan produksi dari Indonesia yang dikatakan banyak memberi penekanan dari segi bacaan skrip dan latihan yang kerap untuk menghayati sesebuah watak dengan baik.

Penggambaran filem terbitan MD Pictures itu akan berlangsung di sekitar Jakarta, Indonesia dan Scotland.

(Sumber foto: Nur Fazura Instagram)

Cinema Online, 28 Jul 2017

Filem Berkaitan:
J Revolusi (Malay) (02 Mar 2017)
PISAU CUKUR (Malay) (05 Nov 2009)
Tembus (Malay) (28 Jul 2014)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan