Fazura bakal muncul dengan beberapa filem Indonesia baru | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Fazura bakal muncul dengan beberapa filem Indonesia baru

Penulis: Ashraf Nasser


Fazura juga baru sahaja melancarkan single terbarunya berduet dengan penyanyi dari Filipina.

1 Feb – Pelakon Nur Fazura bakal muncul dengan beberapa lagi buah filem Indonesia yang mana akan menjalani penggambaran pada tahun ini.

Peluang melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan di negara seberang semakin murah selepas membintangi dua buah filem terbitan Indonesia sebelum ini iaitu "Bulan Terbelah Di Langit Eropah" dan "Warkop Reborn".

"Jika sebelum ini saya melakonkan watak pembantu, insyaAllah dalam filem akan datang menyaksikan saya membawa watak utama."

"Bagi saya watak pembantu atau utama tidak menjadi masalah, yang penting pengalaman ditimba sepanjang bekerja di sana," katanya kepada Harian Metro.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin berkata bukan mudah untuk orang luar sepertinya diberi watak utama, oleh itu mendapat bekerjasama dengan pengarah dan pelakon di sana adalah satu pengalaman berharga buat dirinya.

Pada masa sama, pelakon "Langit Cinta" itu juga berkongsi pengalaman bekerja dengan produksi di Indonesia yang disifatkan sebagai cukup baik dan pelakonnya bersikap profesional.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai kerjaya seninya, pelakon berusia 34 tahun ini berkata tahun ini adalah tahun yang sangat sibuk baginya kerana jadualnya padat dengan penggambaran filem di Indonesia dan juga di Malaysia.

Selain berlakon, Fazura yang baru berjinak-jinak dalam bidang nyanyian juga akan menyaksikan dia berduet dengan penyanyi dari Filipina, Jason DY menerusi lagu "Nothing Like Pag-ibig" yang baru sahaja dilancarkan pada 24 Januari lalu.

(Sumber foto: Nur Fazura Instagram)

Cinema Online, 01 Feb 2017

Filem Berkaitan:
Langit Cinta (Malay) (07 Jan 2016)
PISAU CUKUR (Malay) (05 Nov 2009)
Tembus (Malay) (28 Jul 2014)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan