Buletin
"Keluang Man Zero" bakal diarahkan oleh Rizal Halim


Tarikh disiarkan: 28 September 2017


Pasti ramai yang tidak sabar mahu tahu siapa yang bakal bawa watak sebagai Keluang Man.

28 Sep – Berita baik buat peminat siri animasi televisyen popular 90an "Keluang Man" apabila usaha untuk mengangkat siri animasi itu ke layar perak akhirnya bakal menjadi kenyataan juga tidak lama lagi.

Perkara itu didedahkan oleh penerbit dan pengarah tersohor tanah air, Aziz M. Osman di laman sosial Facebook miliknya dengan memuat naik teaser poster filem berkenaan yang akan dihasilkan dalam format 'live action'.


Aziz bagaimanapun tidak meletak sebarang kapsyen di posting tersebut sebaliknya hanya poster yang memaparkan syarikat produksinya Ace Motion Pictures akan memerbitkan filem adiwira itu.

Dalam poster tersebut turut memaparkan nama pengarah iaitu Rizal Halim yang berpengkalan di Australia bakal menggalas tanggungjawab untuk menggarap filem ini.


Poster yang dimuat naik di laman Facebook Aziz M.Osman.

Bagi mereka yang tidak mengenali siapa Rizal Halim, dia merupakan pengarah Melayu pertama yang mengarah sebuah filem di Australia berjudul "Lurking Woods" yang ditayangkan pada awal tahun ini.

Gambar yang dimuat naik oleh Aziz sebenarnya agak mengejutkan kerana sebelum ini Cinema Online pernah menulis artikel mengenai perbincangan untuk menghasilkan filem "Keluang Man" ini oleh pelakon Azhar Sulaiman yang memuat naik posting sedang berbincang bersama pengarah dan penerbit KRU Studios, Yusry Abdul Halim.

Malah Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Mami turut menulis kapsyen, "Mesyuarat pertama dengan Yusry KRU untuk menerbitkan "Keluang Man"...Hmm..Mami nak pilih siapa jadi Keluang Man?".

Bagi mereka yang tidak tahu akan dengan dengan watak Keluang Man ini terutamanya kanak-kanak zaman 2000 ke atas, Keluang Man adalah watak adiwira yang diinspirasikan dari watak Batman.

Namun apa yang menariknya adalah watak hero atau Keluang Man itu adalah Borhan yang merupakan seorang pesakit mental yang menetap di sebuah rumah sakit jiwa Hospital Bahagia Tampoi.

Dia juga mempunyai seorang 'side-kick' atau pembantunya yang juga pesakit mental bernama Samad a.k.a Tiong Man dan bersama mereka membanteras jenayah membantu pihak polis.

Diharap pihak produksi dalam memilih pelakon yang sesuai untuk menjayakan filem ini supaya tidak mengecewakan terutamanya peminat setia adiwira ini sejak dari kecil lagi.

(Sumber foto: Aziz M. Osman Facebook)

Penulis: Ashraf Nasser

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.




Ticket Pricing Guide