KRU Studios bakal muncul dengan filem animasi "Wheely" | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

KRU Studios bakal muncul dengan filem animasi "Wheely"

Penulis: Ashraf Nasser


Poster teaser "Wheely" yang telah diriliskan oleh KRU Studios.

27 Jul – Setelah lama tidak muncul dengan produk sendiri, KRU Studios akhirnya bakal muncul dengan filem animasi kedua mereka tidak lama lagi yang diberi judul "Wheely".

Filem animasi yang dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan ini akan mengisahkan tentang dunia kenderaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Dato' Norman Abdul Halim, filem animasi itu kini dalam proses pos-produksi.

"Tahun lalu kami telah memeterai perjanjian pra-jualan dengan 18 pengedar luar negara.

"Mereka teruja untuk menayangkan "Wheely" di negara masing-masing," ujarnya yang dipetik dari New Straits Times.

"Wheely" akan ditayangkan di 80 buah negara termasuk China, Korea Selatan, Jerman, Egypt, Arab Saudi, United Kingdon dan Poland.

Filem animasi 3D ini akan diriliskan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 KRU.

"Wheely" akan berlatar belakangkan di Kuala Lumpur yang akan diberi nama Gasket City dengan kenderaan menggantikan manusia.

Dalam pada itu, Norman berkata filem animasi terbarunya ini diinspirasikan dari filem Disney popular "Cars" tetapi ia disuntik elemen dan budaya Malaysia.

Tambahnya lagi, filem tersebut akan dihasilkan dalam dua versi bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Ini merupakan filem animasi 3D kedua KRU Studios yang mana sebelum ini mereka pernah menghasilkan "Ribbit" pada tahun 2014 yang mana ia berjaya mengutip lebih RM16 juta selepas ditayangkan di 70 buah negara.

(Sumber foto: KRU Studios)

Cinema Online, 27 Jul 2017

Filem Berkaitan:
Ribbit (04 Sept 2014)



Pautan Berkaitan:
Waktu Tayangan