Buletin
Penduduk di Kuala Terengganu kini mempunyai pawagam sendiri!


Tarikh disiarkan: 17 Februari 2017


LFS Cinemas akan dibuka di Paya Bunga Sentral.

17 Feb – Penduduk di sekitar Kuala Terengganu sudah kehausan hiburan panggung sejak dua dekad lalu, dan akhirnya impian itu menjadi kenyataan apabila sebuah pawagam akan dibuka di sana pada awal bulan Mac ini.

Pawagam baru yang bakal dibuka di Paya Bunga Sentral adalah Lotus Five Star (LFS Cinemas) yang mana ia akan mempunyai 11 dewan dengan tempat duduk berkapasiti 1,700 dan juga surau di setiap tingkat.

Enam dewan tayangan dijangka dibuka pada 6 Mac 2017 dan selebihnya akan dibuka pada bulan berikutanya.

Terdahulu pawagam ini dijadualkan dibuka pada pertengahan 2016. Bagaimanapun komplek komersial Paya Bunga, di mana Paya Bunga Sentral terletak bersama Paya Bunga Square dan Paya Bunga Plaza baru sahaja selesai pembinaan tepat pada masa untuk Tahun Melawat Terengganu 2017.

Penduduk Kuala Terengganu yang telah menubuhkan laman Facebook untuk menyuarakan hasrat mereka mahukan pawagam gembira apabila pawagam moden ini akan dilengkapi dengan sistem bunyi Dolby Atmos dan akan menayangkan filem Inggeris, Bahasa Malaysia, Cina dan India.

Walaupun pengasingan tempat duduk di antara lelaki dan perempuan tidak diperkenalkan, beberapa syarat operasi akan dikenakan termasuk tiada tayangan tengah malam, tutup pada Malam Jumaat (bermula pukul 6pm Khamis hingga 3pm hari berikutanya), tutup ketika bulan Ramadan (6pm hingga 8pm hari-hari), tutup dari 6pm pada malam Maulidur Rasul dan Israk Mikraj sehingga 6pm hari berikutanya, dan tutup dari 6pm pada Hari Raya Haji dan Hari Raya Aidilfitri sehingga 2pm pada keesokan harinya.

Selain dari pengesahan yang pawagam akan dibuka, pihak LFS Cinemas tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen ketika artikel ini ditulis.

Di negeri Terengganu ketika ini hanya mempunyai satu pawagam yang mula beroperasi sejak 2005 di daerah Kemaman, TGV Cinemas Mesra Mall yang mempunyai 5 dewan tayangan dengan kapasiti 782.

(Photo source: Oh My Tranung! Twitter)

Penulis: Florey DM

Anda Mungkin Juga Suka:
To read this article in English, click HERE.




Ticket Pricing Guide