Buletin
Lakonan Neelofa dalam drama baru dikritik


Tarikh disiarkan: 30 Oktober 2017


Penulis novel Red Velvet juga akui lakonan Neelofa pada awal episod tampak 'keras'.

30 Okt – Walaupun sudah lama berada dalam bidang lakonan tidak semestinya lakonan seseorang pelakon itu akan sentiasa bagus dan ia telah terbukti apabila lakonan Neelofa dalam drama terbaru lakonannya berjudul "Red Velvet" telah dikritik dan dilabel 'kayu' oleh netizen.

Dalam drama yang diadaptasi dari novel itu menggandingkan Neelofa dengan Alif Satar yang mana rata-rata memuji lakonan aktor itu.

Malah penulis novel tersebut, Acik Lana turut mengakui watak Halena yang dibawa oleh Neelofa pada mulanya kelihatan sedikit 'keras'.

"Hai hai. Macam mana #redvelvetdrama setakat episod 4? Dengar cerita macam-macam orang komenpasal lakonan Neelofa sebagai Helena. Kayu? Keras? Kaku? Kalau dalam novel memang fizikal Helena lainlah daripada Neelofa. Sebab versi novel orangnya free hair, tinggi dan seksi meksi.

"Lakonan Neelofa awal-awal episod memang nampak macam keras sikitlah tapi bagi saya mula episod 3 dah kelakar dan seronok saja tengok," ujarnya yang dipetik dari mStar.

Acik turut memuji lakonan Alif yang tampak semulajadi melontarkan dialognya selain turut menyukai watak Fareeq lakonan Hafidz Roshdi.

(Sumber foto: Neelofa Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Azura (Melayu) (2 Februari 2012)
Pilot Cafe (Melayu) (30 April 2015)
Lemak Kampung Santan (Melayu) (8 Ogos 2013)





Ticket Pricing Guide