Buletin
Lisa Surihani nasihat pelakon baru supaya bersikap profesional


Tarikh disiarkan: 16 Januari 2017


Lisa Surihani mahu pendatang baru berdisiplin dan hormat-menghormati orang lain.

16 Jan – Pelakon terkenal Lisa Surihani memberitahu dia tidak ada masalah dengan kebanjiran pendatang baru dalam industri seni tanah air, sebaliknnya mengalu-alukan lebih ramai pelakon untuk memeriahkan lagi dunia seni tempatan.

Lisa bagaimanapun berkata pendatang-pendatang baru ini haruslah mempunyai sikap profesional dan berdisiplin.

"Dengan rasa hormat dan mengamalkan sikap profesional dalam industri, sudah tentu saya mengalu-alukan kehadiran mereka memeriahkan dunia seni. Warnakan lagi industri kita."

"Kita perlu kepelbagaian dari aspek fizikal, cara lakonan, pembawaan dan sebagainya. Ia akan memberi warna dan saya suka perkara ini dalam arena seni tempatan," katanya kepada Sinar Hiburan.

Dalam pada itu, pelakon "Sinaran" ini turut menasihati pendatang baru supaya tidak mengejar populariti, sebaliknya membiarkan populariti itu datang dengan sendirinya.

Ini kerana bimbang apabila terlalu cepat naik kelak cepat turun.

Tambah Lisa lagi, antara perkara utama lain yang perlu diamalkan oleh pendatang baru adalah menghormati orang lain, terbuka menerima teguran dan belajar.

(Sumber foto: Lisa Surihani Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Sinaran (Melayu) (26 November 2015)
Ombak Rindu (Melayu) (1 Disember 2011)
Cicakman 3 (Melayu) (12 Mac 2015)





Ticket Pricing Guide