Buletin
Lisa Surihani utamakan keluarga dari kerjaya seni


Tarikh disiarkan: 30 Oktober 2017


Kali terakhir Lisa Surihani beraksi di depan kamera menerusi telefilem
"Kontena Ana" pada bulan Ogos lalu.

30 Okt – Pelakon Lisa Surihani mengakui rindu untuk kembali berlakon dan merasai suasana di lokasi penggambaran, namun terpaksa berkorban demi komitmennya terhadap keluarga terutama sekali apabila anak-anaknya masih lagi kecil.

"Bukan tidak mahu berlakon, tetapi saya harus memilih naskhah yang berbaloi dan berkualiti. Banyak perkara yang perlu saya teliti terutama dari segi watak, jalan cerita selain pengarah. Tidak dinafikan saya rindu untuk berlakon tetapi keutamaan saya tidak lagi seperti dulu.

"Dalam hidup, kita pasti akan melalui fasa perubahan. Ketika ini, saya lebih banyak meluangkan masa di rumah untuk bersama anak. Mereka adalah kurniaan terbesar, membuatkan saya sentiasa rindu setiap kali keluar kerja.

"Mungkin kerana itu, hati saya agak berat untuk kembali aktif seperti dulu," ujarnya yang dipetik dari Mynewshub.

Menurut pelakon "Sinaran" ini, ketika ini dia lebih banyak mengisi masanya dengan memenuhi komitmen sebagai jurucakap kepada beberapa jenama, kempen dan pertubuhan.

Antara adalah kempen #CyberSafe: Memelihara Keselamatan Wanita dan Kanak-Kanak di Alam Siber, selain kempen persedian seksual atau sexual grooming dan program anjuran Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Lisa telah berkahwin dengan pengarah Yusry Abdul Halim pada tahun 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

(Sumber foto: Lisa Surihani Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Sinaran (Melayu) (26 November 2015)
Cicakman 3 (Melayu) (12 Mac 2015)
Cicakman 3 (Melayu) (12 Mac 2015)
Ombak Rindu (Melayu) (1 Disember 2011)





Ticket Pricing Guide