Buletin
Madrasah Amerul Affendi bakal beroperasi tahun hadapan


Tarikh disiarkan: 13 Disember 2017


Amerul Affendi kesal namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen televisyen.

13 Dis – Pelakon Amerul Affendi memberitahu dia kini sedang sibuk membina sebuah madrasah di kampung halamannya di Temerloh, Pahang bagi membantu penduduk pendalaman yang tidak berkemampuan.

Menurut Amerul, pembinaan madrasah itu kini sudah 60 peratus siap dan dijangka akan mula beroperasi pada tahun hadapan.

"Alhamdulillah, madrasah tersebut sudah siap dalam 60 peratus dan dijangka akan mula beroperasi pada tahun depan.

"Buat masa ini sasaran utama adalah penduduk di kawasan kampung halaman saya yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak ke sekolah," ujarnya yang dipetik dari mStar.

Tambah pelakon "Polis Evo" ini lagi, madrasahnya akan berteraskan keagamaan dan juga akan mempunyai aktiviti kesenian seperti teater, muzik dan sebagainya.

Dalam pada itu, Amerul menyuarasakan kekecewaannya apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen televisyen jika dicadangkan untuk terlibat dalam drama yang akan disiarkan stesen itu.

Walaupun kecewa, namun dia akur dengan keputusan itu berikutan tidak menepati kriteria yang diperlukan oleh stesen televisyen berkenaan seperti kacak dan mempunyai pengikut ramai di media sosial.

(Sumber foto: mStar)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Polis Evo (Melayu) (17 September 2015)
Pekak (Melayu) (1 September 2016)





Ticket Pricing Guide