Buletin
Nabila Huda kembali beraksi di hadapan kamera


Tarikh disiarkan: 20 Januari 2017


Nabila Huda akui jadual kerjanya untuk tahun ini agak padat.

20 Jan – Tahun 2017 akan menyaksikan pelakon Nabila Huda kembali beraksi di hadapan kamera untuk sepanjang tahun ini selepas berehat agak lama dari berlakon.

"Saya sudah berehat terlalu lama pada tahun lalu, jadi rasanya lebih baik saya kembali aktif berlakon mencari rezeki."

"Kini tiba masanya untuk saya meneruskan momentum sebagai pelakon dan memberikan yang terbaik kepada peminat. Jadual pada tahun ini juga agak penuh apabila deretan tawaran sudah pun diterima," katanya kepada BH Online.

Nabila pada masa sama turut meluahkan rasa bersyukurnya apabila suaminya Mohd Izwan Johar tidak menghalang dan memahami kerjayanya sebagai pelakon.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan seninya, pelakon berusia 32 tahun itu bakal menjayakan telefilem di bawah syarikat produksi milik Didie Alias.

Selepas itu, dia akan terbabit pula dengan penggambaran bersama Nazim Othman.

Sementara itu, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM 28) ini juga menerima tawaran berlakon untuk drama rantaian 100 episod.

(Sumber foto: Nabila Huda Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide