Buletin
Nabila Huda 'stress' tonton lakonan pelakon baru


Tarikh disiarkan: 27 Julai 2017


Nabila Huda terpaksa tolak tawaran berlakon filem "Blok 404" kerana terikat dengan
komitmen lain.

27 Jul – Pelakon terkenal tanah air Nabila Huda memberitahu dia berasa tertekan apabila menonton drama Melayu ketika ini, apabila lakonan pelakon-pelakon baru yang membintangi banyak drama di televisyen tidak mempunyai kualiti lakonan.

"Kadang-kadang, ada juga saya tertonton drama Melayu kerana anak saya peminat drama Melayu, namun saya jadi tertekan melihat lakonan mereka.

"Sekarang ramai pelakon baru yang hanya kejar populariti dan letak harga yang tidak sama dengan kualiti lakonan mereka," ujarnya yang dipetik dari mStar.

Berikutan itu, Nabila berkata tidak hairanlah apabila pelakon-pelakon baru semakin ramai muncul dan kebanyakkan mereka gagal untuk bertahan lama dalam industri.

Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM 28) ini menceritakan ketika dia mula-mula menceburkan diri dalam dunia lakonan dia hanya menerima RM600 sahaja yang dianggap sesuai dengan tahap lakonannya.

Ini kerana pelakon "Munafik" ini percaya bayaran yang ditawarkan oleh setiap produksi adalah mengikut bakat dan pengalaman yang ada pada dirinya.

Oleh itu, pelakon berusia 33 tahun ini tidak pernah bersikap 'demand' dalam soal bayaran, sebaliknya hanya mahu dibayar mengikut kualiti kerja yang diberikan.

Dalam pada itu, Nabila juga tidak pernah menolak tawaran berlakon dengan pelakon baru kerana dia sentiasa bersikap terbuka.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya, Nabila tampil menjelaskan mengapa dia tidak dapat berlakon dalam filem "Blok 404" yang mana sebelum ini dia merupakan salah seorang pelakon utama dalam telefilem yang diedarkan dalam bentuk video cakera padat (VCD).

Dia tidak dapat berlakon dalam filem tersebut kerana terikat dengan komitmen drama panjang "Dendam Aurora" sebanyak 100 episod, oleh itu dia tidak mahu bersikap tamak kerana dia tidak mahu susahkan pihak produksi.

(Sumber foto: Nabila Huda Instagram)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:





Ticket Pricing Guide