Nabila Huda tak mahu campur adukkan kerjaya dan peribadi | Buletin & Rencana | Cinema Online
Waktu Tayangan
 
Buletin

Nabila Huda tak mahu campur adukkan kerjaya dan peribadi

Penulis: Ashraf Nasser


Nabila Huda sedang tunggu beberapa buah filem lakonannya ditayangkan pada tahun ini.

27 Mei – Pelakon Nabila Huda memberitahu dia mengambil pendekatan untuk tidak mencampur adukkan perihal kerjaya dan peribadi di laman sosial miliknya.

Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, dia berkata demikian kerana tidak mahu ada pihak yang kurang senang sekiranya dia berkongsi gambar mesra bersama suaminya, Mohd Izwan Johar.

"Tak mahulah sering berkongsi gambar bersama suami nanti ada pihak yang naik 'muak' kerana sering menayang kebahagiaan, namun ia bukan bermakna saya menyembunyikan apa-apa.

"Sekiranya ada masa indah atau saya rasa hendak bergambar bersama suami, jadi adalah. Kalau tidak, saya lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya dan teman rapat," ujarnya yang dipetik dari BH Online.

Tambah pelakon "Munafik" ini lagi, dia sememangnya sejak dari dahulu lagi meletakkan batas dalam soal kerjaya dan peribadi demi mengekalkan privasi mereka.

Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun itu berkata dia lebih gemar meluangkan masa bersama keluarga di rumah sekiranya dia tidak mempunyai sebarang kerja.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya, Nabila kini sedang sibuk dengan penggambaran drama rantaian 100 episod bersama Ungku Ismail Aziz, Anzalna, Shah Iskandar, Dian P Ramlee dan ramai lagi.

Selain itu, dia juga sedang menunggu beberapa filem lakonannya ditayangkan pada tahun ini.

(Sumber foto: Instagram Nabila Huda)

Cinema Online, 27 Mei 2017

Filem Berkaitan:
Munafik (Malay) (25 Feb 2016)
BOHSIA: JANGAN PILIH JALAN HITAM (Malay) (23 Apr 2009)
Jalan Kembali: Bohsia 2 (Malay) (07 Jun 2012)


Waktu Tayangan