Buletin
Neelofa dan Alif Satar bergandingan dalam drama terbaru


Tarikh disiarkan: 2 Julai 2017


Neelofa tak dapat beri jawapan samada drama terbaru mampu cetuskan fenomena atau tidak.

2 Jul – Selepas berjaya mencetuskan fenomena menerusi drama "Suri Hati Mr Pilot" bersama Fattah Amin, pelakon dan pengacara popular Neelofa bakal muncul dengan sebuah lagi drama bersiri berjudul "Red Velvet".

Bagaimanapun, drama terbaru arahan Hadith Omar itu akan menyaksikan Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, bergandingan dengan pelakon lelaki lain iaitu Alif Satar.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua Neelofa dan Alif digandingkan bersama dalam drama bersiri. Menurut pelakon "Dollah Superstar" itu, dia sememangnya mempunyai rancangan untuk melakukan satu projek drama bersiri setiap tahun.

"Saya memang merancang buat satu projek drama bersiri setiap tahun khusus untuk kepuasaan diri dan peminat," ujarnya yang dipetik dari Harian Metro.

Kehangatan drama tersebut sudah pun mula dirasai apabila peminat sudah mula mewujudkan hastag baru iaitu #Alofa di laman sosial bersempena gabungan nama Alif dan Neelofa.

Dalam pada itu, Neelofa atau mesra disapa dengan panggilan Lofa tidak dapat memberi jawapan samada drama "Red Velvet" mampu mencetuskan fenomena seperti drama arahan Michael Ang sebelum ini.

Sementara itu, Lofa memberitahu dia akan mula masuk ke set penggambaran drama bersiri 20 episod itu pada 10 Julai depan.

(Sumber foto: Instagram Neelofa)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Dollah Superstar (Melayu) (2 Oktober 2014)
Azura (Melayu) (2 Februari 2012)
Lemak Kampung Santan (Melayu) (8 Ogos 2013)