Buletin
Neelofa tak kisah lakonan dikritik 'kayu'


Tarikh disiarkan: 2 November 2017


Neelofa jelaskan kritikan terhadap lakonannya tidak akan jejaskan kerjayanya.

2 Nov – Pelakon dan pengacara popular, Neelofa tidak ambil pusing dengan kritikan yang dilemparkan kepadanya yang melabel lakonannya dalam drama "Red Velvet" dikatakan 'kayu' oleh netizen.

"Saya tidak ambil kisah kritikan yang dilemparkan, malah komen netizen tidak memberi kesan dalam hidup saya. Lebih baik saya ambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang reaksi terhadap komen yang tak membantu seperti itu," jelasnya yang dipetik dari Utusan Online.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata kritikan tersebut juga tidak langsung menjejaskan kerjayanya.

Pelakon "Lemak Kampung Santan" ini pada masa sama turut memberitahu sebagai anak seni dia perlu peka dan menerima segala kritikan.

Dalam drama yang diadaptasi dari novel itu ia menggandingkan Neelofa dengan Alif Satar yang mana lakonan aktor itu mendapat pujian.

Sementara itu, Neelofa meminta agar orang ramai memberi sedikit masa untuk drama tersebut berkembang.

"Mereka yang komen itu terlalu cepat membuat andaian. Drama baru ditayangkan bagilah masa untuk plot cerita itu berkembang. Nasihat saya kepada semua, tonton dulu cerita itu dan cuba fahamkan sebelum membuat sebarang ulasan."

(Sumber foto: Instagram Neelofa)

Penulis: Ashraf Nasser



Filem Berkaitan:
Lemak Kampung Santan (Melayu) (8 Ogos 2013)
Azura (Melayu) (2 Februari 2012)
Pilot Cafe (Melayu) (30 April 2015)





Ticket Pricing Guide